Powered By Blogger

Saturday, October 20, 2012

 Ringkasan Bab 4 Sains Pemikiran Dan Etika


Pemikiran Sebagai Asas Etika Dan Nilai-nilai Moral

Kehidupan seseorang individu dan juga masyarakat memerlukan sesuatu peraturan yang menjamin kesejahteraan hidup dalam kehidupan. Ini bermaksud seseorang itu perlunya ada Etika dalam kehidupannya bagi menjamin kesejahteraan hidupnya.

Etika merupakan satu sistem kepercayaan dan kajian yang didasarkan kepada moral dan ia juga megawal tingkah laku manusia tentang apa yang harus dibuat dan harus elak supaya tidak berbuat salah dari sudut moral.

Dari perspektif ilmu falsafah, etika itu digolongkan sebagai falsafah moral khusunya bincang tentang apa yang dikatakan tingkah laku yang baik atau betul dan buruk atau salah. Etika Meta bermaksud "disebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar" dan dalam etika meta ini terdapat etika agama atau etika deskriptif. Selain itu, terdapat juga etika normatif yang membuat kritikan dann melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua.

Etika Gunaan pula membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang. Mengapa kita perlu beretika? Memahami etika dan hidup beretika adalah sangat penting dalam hidup kita kerana ia menentukan keharmonian hidup kita dan juga masyarakat.

Thursday, October 18, 2012